Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata satu laporan polis telah dibuat oleh SuruhanjayaSiasatan Diraja (RCI) semalam berdasarkan syor dan rumusan RCI kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan dalam kes berkenaan.

“RCI mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM biarpun tiada kuasa perundangan tetapidapatan kajian mengesyorkan agar siasatan mengikut perundangan harus dilakukan.

“Mereka (RCI) cadang beberapa personaliti yang dilaporkan di RCI supaya dilakukan siasatan mengikutundang-undang kanun jenayah atau undang-undang berkaitannya,” katanya pada satu media selepas merasmikanKarnival Planet Ummah Masjid Utama 2017 di Dataran Putra, di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada ketiga-tiga individu yang dinamakan dalam laporan tersebut akan dipanggil untukmemberi keterangan, beliau berkata : “Sebagaimana dinyatakan Ketua Polis Negara”.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata satu pasukan khas yang diketuai Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh ditubuhkan semalam untuk menyiasat kes tersebut dari semua sudut.

Fuzi dilaporkan berkata individu berkenaan akan dipanggil sekiranya perlu.

RCI, yang diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan membentangkan laporan524 muka surat itu di Parlimen semalam.

Dalam laporon itu, RCI percaya bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamd merelakantindakan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengakibatkan bank pusat mengalamikerugian berjumlah RM31.5 bilion antara tahun 1992 hingga 1994.

Suruhanjaya itu juga berpandangan Menteri Kewangan ketika itu sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengelirukan kepada Jemaah Menteri berhubung perkara itu.

Susulan itu, Setiausaha RCI mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM pada 1990-an, DatukDr Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarkan syor dan rumusan RCI di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, semalam. -Bernama

Lihat Komen
ADS