Paling Popular
Terkini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seolah menyindir pakatan pembangkang apabila berkata pihak yang mengeluarkan bajet alternatif dengan 'jurang' yang akan menjadikan Malaysia tidak selamat, tidak terjamin dan tidak stabil.

Sambil menyorot rekod pencapaian kerajaan, beliau memberi amaran mengenai 'pihak-pihak' yang berjanji kepada rakyat Malaysia tetapi tiada rekod pencapaiannya sendiri dan hanya berminat dengan cita-cita politik mereka sahaja.

"Ramai orang yang membuat bermacam janji kepada anda. Tapi, pertama mereka tiada rekod pencapaian.

"Mereka cuma membangkang, malah dalam rahsia mereka juga bersetuju dengan sesuatu cadangan itu - kerana mereka tidak peduli dengan kebajikan rakyat Malaysia. Tidak. Mereka hanya berminat pada kepentingan cita-cita politik mereka sendiri.

"Kedua, malangnya mereka tidak dapat menambah. Mereka hanya mengeluarkan bajet bayangan dengan jurang yang lebar. Khayalan ekonomi mereka akan membuatkan Malaysia tidak selamat, tidak terjamin dan tidak stabil.

"Sebaliknya kerajaan ini memiliki rekod pencapaian yang terbukti," kata beliau dalam ucapan perasmian persidangan Kuala Lumpur International Youth Discourse di PWTC hari ini.

Najib memaklumkan pencapaian Malaysia mendapat pengiktirafan badan antara bangsa seperti Bank Dunia, International Monetary Fund (IMF) dan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).

Pakatan Harapan (HARAPAN) telah mengumumkan cadangan bajet alternatif pada 25 Oktober 2017 lalu, dua hari selepas Najib membentangkan Bajet 2018 di parlimen.

Bajet alternatif itu bercadang memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Bajet itu juga akan menjimatkan RM20 bilion 'pembaziran dan rasuah' dengan memotong peruntukan belanjawan bagi Jabatan Perdana Menteri.

[Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS