Terjemahan Kadar inflasi Malaysia mencecah 3.7 peratus bulan lalu paras tertinggi sejak enam tahun lalu berikutan kenaikan harga barangan seperti minyak dan makanan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan berkata, indeks harga pengguna (CPI) pada bulan Ogos meningkat kepada 3.7 peratus berbanding setahun lalu dan naik 0.6 peratus daripada bulan Julai.

Angka itu berada pada pras 3.2 peratus dalam bulan Jun, tetapi meningkatkan pada bulan Ogos kerana kenaikan harga minyak pada bulan Julai kenaikan keempat sejak bulan Oktober lalu.

Harga naik berterusan sejak Oktober 2004 apabila CPI naik 2.1 peratus, 2.7 peratus (April) dan 3.1 peratus pada bulan Mei.

Langkah sekat inflasi

Sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Ogos, CPI meningkat 2.8 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, dengan kenaikan harga bagi hampir kesemua barangan utama, kecuali pakaian dan kasut.

Antara yang mencatatkan harga sepanjang tempoh tersebut ialah minuman dan tembakau (13.6 peratus), 3.6 peratus (makanan) dan 3.6 peratus (komunikasi).

Menurut jabatan tersebut, 76.5 peratus kenaikan keseluruhan pada bulan Ogos membabitkan makanan, sewa, bahan bakar dan bahan tenaga serta pengangkutan dan komunikasi.

Bulan ini, kerajaan mengumumkan beberapa langkah, termasuk menyekat kenaikan harga minyak dan kadar tol dalam usaha untuk mengekang kenaikan kadar inflasi dan memastikan proses pembangunan yang berterusan, berikutan kenaikan harga minyak dunia.