Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'IGP, selamatkanlah saya dari tukul besar Jamal'
Diterbitkan:  Dec 8, 2017 3:19 PM
Dikemaskini: 9:08 AM

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim‏ berharap Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun melindunginya daripada ancaman pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos.

“Saya bimbang keselamatan saya dan keluarga, dengan ugutan Jamal dan rakan rakan Umno untuk memukul kepala dengan tukul besar.

“Saya harap IGP yang budiman dapat menjaga keselamatan kami,” katanya, tidak lama selepas Jamal mengugut memecahkan kepalanya dengan tukul besar di ibu negara tengah hari tadi.

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika Umno mengadakan perhimpunan agung, Jamal mengadakan sidang media dengan memukul dan memijak patung Zaid selain menghamburkan kata-kata kesut pada musuh politik partinya itu.

Jamal juga menuntut polis segera bertindak terhadap Zaid yang menimbulkan kemurkaan sultan Selangor atau tukul besar 5kg itu akan hinggap ke kepala anggota DAP itu.

Zaid sebelum ini berkongsi berita Malaysiakini dengan kapsyen berbunyi "Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah baginda, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar".

Zaid berkata demikian sebagai respon terhadap titah sultan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.

Menulis di Twitter, Zaid berkata beliau tidak boleh berharap pemimpin tertinggi Umno untuk meredakan keadaan.

“jadi kepada Polis sajalah kami bergantung,” katanya.

Lihat Komen
ADS