Perdana Menteri Britain, Theresa May bergegas ke Brussels sebelum subuh selepas "kemajuan yang mencukupi" telah dicapai untuk memulakan perbincangan mengenai perdagangan dan tempoh peralihan dua tahun Brexit yang akan bermula apabila Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 29 Mac 2019.

Para perunding di London, Brussels dan Dublin bekerja sepanjang malam sebelum memecah kebuntuan mengenai status sempadan Ireland, halangan utama yang terakhir kepada permulaan rundingan perdagangan yang mana  pemimpin EU dijadualkan merestuinya di sidang kemuncak pada 15 Disember.

Sementara Ireland Utara akan kekal selaras dengan peraturan pasar tunggal EU dan kesatuan kastam di mana negara anggota Ireland beroperasi, kerajaan May secara rasmi komited untuk meninggalkan kedua-duanya.

Rundingan sebenar berhubung perjanjian perdagangan yang mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk dipersetujui, dijangka tidak akan bermula untuk beberapa bulan ini.

Tetapi para pegawai EU menyatakan mereka perlu bersedia untuk memulakan rundingan pantas pada bulan Januari untuk memberi May tempoh peralihan yang diperlukannya untuk meyakinkan bidang perniagaan bahaw tidak banyak akan berubah selama beberapa tahun selepas Brexit.

Bercakap pada awal pagi di ibu pejabat eksekutif EU selepas penerbangan tergesa-gesa dengan pesawat Tentera Udara Diraja, May berkata pembukaan rundingan perdagangan akan memberi kepastian kepada rakyat dan bidang perniagaan tentang masa depan Britain selepas keluar dari EU.

"Cabaran yang paling sukar masih ada," kata Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk. "Kita semua tahu bahawa perpisahan itu sukar. Tetapi berpisah dan kemudian membina hubungan baru, adalah jauh lebih sukar."

May, yang kelihatan letih selepas hanya beberapa jam tidur, bercakap selepas Presiden Suruhanjaya Jean-Claude Juncker (gambar) mengumumkan persetujuan itu, pertama dalam bahasa Inggeris dan kemudian dalam bahasa Jerman dan Perancis.

Langkah untuk bersetuju mengadakan perbincangan perdagangan 18 bulan selepas kejutan undi Kingdom United untuk keluar dari EU, meredakan beberapa kebimbangan yang Brexit boleh mengganggu perdagangan antara blok perdagangan terbesar di dunia dan negara ekonomi keenam terbesar itu.

Sterling telah terjejas apabila bantahan pada saat akhir dari Belfast telah memaksa May membatalkan satu perjanjian pada hari Isnin ketika sudah pun di Brussels, tetapi ia meningkat kepada enam bulan tertinggi berbanding euro EURGBP=D3 pada hari Jumaat. Ia kemudian bertukar menjadi lebih rendah pada hari berkenaan berbanding mata wang biasa EU apabila pelabur meraih keuntungan selepas nilainya melonjak kebelakangan ini. [Baca berita penuh]

- Reuters