Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sultan Selangor: Tun M tak mahu PM lain lebih bagus
Diterbitkan:  Dec 10, 2017 4:44 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

Sejak berundur sebagai perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah senang dengan penggantinya.

Beliau merupakan salah seorang yang paling lantang mengkritik bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang didesak meletakkan jawatan pada 2009, dan kini dalam misi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Mahathir tidak mahu mana-mana perdana menteri lain yang mengatasi legasinya.

“Untuk membina nama baik sangat sukar, untuk menghancurkannya sangat mudah. Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun, bukan dengan usaha sendiri sahaja. Parti (Umno) yang letak beliau di situ dan sekarang dia mahu hancurkan parti itu.

“Beliau fikir 22 tahun pentabirannya sangat hebat. Beliau tak mahu mana-mana perdana menteri lain jadi lebih baik daripada beliau dan cuba jatuhkan mereka. Sebab itu saya kata beliau ada inferiority cpmplex,” katanya dalam satu wawancara yang disiarkan The Star hari ini.

Mahathir kini adalah pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas keluar Umno tahun lalu sebagai memprotes kepimpinan Najib dan skandal 1MDB.

Mahathir sebelum ini telah menyebabkan Sultan Sharafuddin murka dengan kenyataan yang meminta Najib “balik Bugis” (pulang ke Sulawesi).

Sultan Selangor yang berketurunan Bugis menganggap kenyataan Mahathir itu menghina masyarakat Bugis, meski Mahathir bertegas kenyataannya itu ditujukan kepada Najib sahaja.

The Star pada Selasa lalu turut memetik Sultan Sharafuddin sebagai berkata, kemarahan Mahathir akan bakar seluruh negara.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin menafikan dendam terhadap Mahathir kerana mengehadkan kuasa Sultan pada 1980an.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS