Proton mungkin tandatangani perjanjian teknikal dengan VW
Syarikat kereta nasional, Proton Holding mungkin menandatangani perjanjian teknikal dengan Volkswagen (VW), bagi membolehkan syarikat automobil dari Jerman itu memegang 51 peratus ekuiti dalam unit-unit kejuruteraan dan pengeluaran Proton.
Syarikat kereta nasional, Proton Holding mungkin menandatangani perjanjian teknikal dengan Volkswagen (VW), bagi membolehkan syarikat automobil dari Jerman itu memegang 51 peratus ekuiti dalam unit-unit kejuruteraan dan pengeluaran Proton.
Menurut laporan akhbar Malay Mail hari ini, yang memetik sumber industri, perjanjiand engan VW itu mungkin ditandatangani dalam tempoh suku tahun sekarang.
Sebelum ini, Proton yang menghadapi kemorosotan jualan, berkata syarikat itu dan anak anak-anak syarikatnya akan terus menimbang pelbagai peluang perniagaan serta kerjasama teknikal, termasuk dengan aVolkswagen.
"Kami masih lagi mengadakan perbincangan dengan VW. Di peringkat ini, belum ini perkembangan penting, perjanjian atau sebarang kesimpulan, yang boleh diumumkan," kata Proton dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia Isnin lalu.
Rugi suku pertama
Kenyataan itu dibuat berikutan laporan yang mengatakan syarikat konglomerat Sime Darby merancang untuk membeli 32 peratus ekuiti yang dipegang oleh Khazanah Nasional Bhd dalam Proton.
Proton, yang jualannya merosot berikutan saingan daripada kereta import, baru-baru ini mengumumkan yan gia mengalami kerugian bersih RM12.35 juta bagi suku tahun pertama sehingga bulan Jun, berbanding keuntungan RM166.47 juta pada tahun sebelumnya.
Sebelum ini, Proton menguasai penjualan enam bagi setiap 10 buah kereta baru di Malaysia. Bagaimanapun, jualannya merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana saingan hebat daripada kereta import Toyoto, Honda dan Kia yang sering mengeluarkan model baru kereta yang berkualiti.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.