Kes saman: Azmi Khalid serah pada peguam negara
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Azmi Khalid berkata beliau akan menyerahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan kes saman terhadapnya oleh seorang bekas pemaustatin tetap.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Azmi Khalid berkata beliau akan menyerahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan kes saman terhadapnya oleh seorang bekas pemaustatin tetap.
Oleh kerana saman itu adalah terhadap kerajaan, beliau perlu menyerahkannya kepada Peguam Negara, katanya kepada pemberita sebagai mengulas laporan akhbar mengenai tindakan seorang wanita Indonesia, Romita Hasibuan, dan suaminya Abdul Mutalib Taib, menyaman beliau dan kerajaan Malaysia sebanyak RM10 juta kerana mendakwa Azmi menggelar lelaki itu penderhaka besar Julai lalu.
Abdul Mutalib telah diusir pulang ke Indonesia pada 28 April lalu selepas taraf pemastautin tetapnya di negara ini ditarik balik.
Menurut laporan Bernama, Azmi berkata disebabkan kes itu telah difailkan di mahkamah, beliau tidak dapat menghuraikan lebih lanjut mengenainya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.