Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Dating' tonton Star Wars, Dr M cari ilham lawan 'Dark Forces'
Diterbitkan:  Dec 15, 2017 9:39 AM
Dikemaskini: Dec 16, 2017 12:44 AM

Setiap gerak-geri, tweet dan kata-kata Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dipantau dengan teliti oleh para peminat dan lawannya.

Malam tadi, beliau'berdating' dengan isterinya, Tun Siti Hasmah Ali untuk menonton tayangan film 'Star Wars: The Last Jedi'. Dan ia telah menarik perhatian apabila beliau menulis tweet yang beliau "sedang mencari inspirasi untuk melawan Dark Forces" semasa menonton siri terbaru blockbuster itu.

Tweet itu disertai oleh swafoto dengan Siti Hasmah, bersama foto-foto lain.

Apabila ditanya selepas tayangan filem itu mengenai watak kegemarannya, pengerusi BERSATU itu menjawab: "Luke Skywalker."

"Ia sebuah filem yang hebat," katanya kepada Malaysiakini, tetapi ketawa apabila ditanya lagi sama ada beliau seperti watak kegemarannya itu.

Dalam filem "Star Wars" awal, Skywalker adalah Jedi yang menyertai Perikatan yang melawan pemerintahan authoritarian Galactic Empire.

Mahathir, yang memimpin Umno selama 22 tahun semasa menjadi perdana menteri, meninggalkan parti itu pada 2016 untuk membentuk BERSATU.

Beliau kini mengetuai pakatan Pakatan Harapan untuk menentang bekas partinya itu, yang mengetuai gabungan BN.

Mahathir, dalam usia 92 tahun, adalah salah seorang pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS