Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Calon PM HARAPAN diumum bulan depan
Diterbitkan:  Dec 18, 2017 10:38 PM
Dikemaskini: 4:13 PM

Calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) akan diumumkan bulan depan bagi menggantikan calon sebelum ini iaitu Ketua Umum HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih menjalani hukuman penjara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pakatan pembangkang itu mempunyai calon lain sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum (PRU) kelak.

"Pilihan kita, semestinya Anwar untuk jadi perdana menteri tapi beliau masih di penjara. Maka ia mustahil (untuk meletaknya sebagai calon).

"Namun, pastinya kita masih ada calon lain. Pemilihan lain akan dibuat dan berharap (calon itu) akan diumumkan bulan hadapan," katanya kepada media sepeti dilapor Sinar Online.

Pemimpin pembangkang sebelum ini sepakat melantik Anwar sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU.

Namun Ketua Umum PKR itu yang dijangka dibebaskan dari penjara tahun depan tidak memegang apa-apa kerusi Parlimen untuk melayakkannya menjadi perdana menteri.

Anggota Biro Politik PKR Datuk Johari Abdul sebelum ini mengesahkan cadangan untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai calon timbalan hanya menunggu kelulusan daripada Anwar.

Anwar sehingga kini belum memberi apa-apa kenyataan berkenaan perkara itu.

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) pula menjelaskan mereka tidak terlibat dengan cadangan gabungan Dr M-Wan Azizah tersebut.

Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Parti Bersatu Malaysia (BERSATU) pula dilapor berkata, beliau boleh menjadi perdana menteri sementara jika keadaan diperlukan.

Lihat Komen
ADS