Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Melayu sokong Dr M kerana Umno - Annuar
Diterbitkan:  Dec 20, 2017 6:59 PM
Dikemaskini: 11:14 AM

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mendakwa orang Melayu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pentadbirannya sebagai perdana menteri adalah kerana Umno dan bukannya kerana Mahathir sendiri.

Justeru, kata Annuar, pihak yang berhasrat menggunakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu tersilap jika fikir mereka akan berjaya menarik undi Melayu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Annuar berkata demikian hari ini sambil mengimbas pengalamannya sendiri yang berdepan kesukaran meyakinkan pengundi Melayu menyokong Mahathir.

“Waktu saya bekerja untuk Mahathir, saya menghadapi masalah menyakinkan orang Melayu. Orang Melayu yang menyokong PAS sekian lama tolak Mahathir.

“Orang Melayu yang ikut Mahathir pula, adalah orang Melayu yang ikut kerana Umno-nya, bukan Mahathir-nya.

“Jadi orang Melayu yang ikut Mahathir kerana Mahathir, jumlahnya tidak besar,” katanya dalam forum Umnno Online bertajuk 'Umno – Parti Untuk Masa Depan'.

Menjadi anggota majlis tertinggi Umno sejak 1991, Annuar berkhidmat sebagai menteri pembangunan luar bandar ketika pentadbiran Mahathir. Annuar bagaimanapun tidak menyebut peristiwa atau tempoh tertentu berkenaan kenyataannya itu.

Anggota parlimen Ketereh itu berkata, segelintir yang menyokong Mahathir ketika itu tidak lagi akan menyokong beliau hari ini.

"Dari jumlah (penyokong) yang tidak besar (ketika ini) pula, tengok cara Mahathir sekarang, yang menggugat kewibawaannya sendiri

“Saya tak fikir Tun M boleh take for granted orang Melayu nak ikut beliau,” katanya.

Annuar berkata demikian ketika ahli politik pembangkang memperkatakan tentang “Tsunami Melayu” yang akan dibawa oleh Mahathir bagi memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan.

HARAPAN menjangkakan 10 peratus pertukaran undi yang tidak memihak kepada BN di kalangan [pengundi Melayu akan membantu mereka menawan Putrajaya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS