Mahkamah: Peguam saman Rafidah dan kjaan berhubung isu AP
Seorang peguam hari ini memulakan prosiding undang-undang terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz dan kerajaan berhubung pengeluaran permit import kenderaan (AP).

Rabindran Davadeson memfailkan sendiri saman pemula dan afidavit sokongan samannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Peguam itu, antara lain, memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa mengikut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, beliau mempunyai hak untuk mendapatkan 500 unit AP yang dipohonnya.
Saman pemula itu juga menyatakan bahawa Rabindran akan menuntut ganti rugi daripada Rafidah dan kerajaan, jika kedua-duanya tidak mempedulikan perintah mahkamah, sekiranya mahkamah membenarkan permohonannya.
Selain itu, Bernama melaporkan, beliau turut memohon supaya kos bagi prosiding itu, faedah dan juga relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, ditanggung oleh Rafidah dan kerajaan.