Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Iktiraf Baitulmuqaddis Timur ibu kota Palestin

ULASAN l Perkembangan terkini berkaitan perjuangan hak rakyat Palestin amat memprihatinkan.

Saya sendiri cukup terkesan dengan situasi yang semakin meruncing di negara tersebut, di saat negara-negara Islam lain pula kian bergolak dengan krisis diplomatik dan isu dalaman.

Berita tentang keputusan angkuh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menyerahkan kota suci Baitulmaqdis kepada rejim Israel wajar dibantah umat Islam dan rakyat yang cintakan keadilan.

Masyarakat juga harus mengecam tindakan terbaru Trump, yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa veto bagi menghalang keputusan Majlis Keselamatan PBB berhubung penarikan semula pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel yang baru.

Dengan itu, saya menggesa kerajaan Malaysia membantah keputusan Amerika sekeras-kerasnya, dan mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin.

Perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan mempertahan hak rakyat yang diusir dari tanah air mereka sendiri oleh rejim Israel.

Inilah yang diungkap sarjàna Edward Said sebagai ‘politics of dispossession’ - tindakan rakus merampas hak rakyat sekali gus menutup ruang bagi mereka bersuara serta mempertahan hak.

Betapa culas dan lekanya kita, jika keadaan di Palestin ini dibiarkan berlanjutan tanpa ada sebarang solusi atau kata sepakat yang dapat dicapai melalui agensi-agensi antarabangsa.

Penindasan ke atas kedaulatan dan hak asasi di Palestin harus segera dihentikan demi kesejahteraan sejagat.

Malaysia perlu mendokong usaha tersebut secara konsisten dan berterusan - bukan sekadar melalui kenyataan bermusim yang timbul apabila ada perkembangan negatif sahaja.

Lihat Komen
ADS