Endon kini kelihatan lebih riang, kata Pak Lah
Datin Seri Endon Mahmood, yang sedang menjalani rawatan kanser payu dara di Los Angeles, kini kelihatan lebih riang, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.
Datin Seri Endon Mahmood, yang sedang menjalani rawatan kanser payu dara di Los Angeles, kini kelihatan lebih riang, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.
"Dia okay tetapi memerlukan rawatan lanjut," kata Perdana Menteri mengenai isterinya itu semasa ditanya oleh wartawan Malaysia yang berada di sini untuk meliputi Mesyuarat Meja Bulat Mengenai Bioteknologi.
Beliau tiba pagi Isnin dari Los Angeles untuk mempengerusikan mesyuarat meja bulat itu.
Ketika ditanya bila isterinya akan dibenarkan pulang ke tanahair, Abdullah berkata: "Dia belum boleh balik lagi."
Menurut laporan Bernama , Endon dikesan menghidap penyakit itu pada 2002 dan mendapatkan rawatan susulan di Amerika Syarikat.
Beliau diberi rawatan kemoterapi Abraxene yang belum diperkenalkan di Malaysia tetapi terbukti berkesan dalam merawat kanser payu dara.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.