Parti pemisah Catalonia menang p'raya, krisis meruncing
Parti pemisah Catalonia dilihat bersedia untuk mendapat kembali kuasa di wilayah kaya Sepanyol itu selepas menang tipis dalam pilihan raya tempatan pada hari Khamis.
Keputusan itu meruncingkan lagi krisis politik di negara itu dan ia dilihat sebagai satu tamparan kepada Perdana Menteri Mariano Rajoy dan pemimpin Kesatuan Eropah yang menyokongnya.
Dengan hampir semua undi dikira, parti pemisah menang dengan majoriti tipis di parlimen Catalan, satu keputusan yang dilihat akan memanjangkan ketegangan politik yang telah menjejaskan ekonomi Sepanyol dan mendorong perniagaan meninggalkan wilayah itu.
Rajoy, yang memanggil pilihan raya itu selepas memecat kerajaan sebelum ini, dengan harapan mendapat sokongan golongan "majoriti senyap" di Catalonia.
Keputusan yang tidak dijangka itu menyediakan laluan kepada presiden Catalanio yang digulingkan, Carles Puigdemont yang berkempen dari Brussels untuk kembali berkuasa.
Pendakwa menuduhnya menghasut dan berdepan ditangkap jika pulang.
"Sama ada Rajoy mengubah resipinya atau kami mengubah negara," kata Puigdemont dalam ucapannya di televisyen. Dia diapit oleh empat bekas anggota kabinet yang melarikan diri bersamanya.
Dalam perhimpunan pro-kemerdekaan yang meriah di sekitar Barcelona, para penyokong melaungkan "Presiden Puigdemont" dan bendera merah kuning Catalonia dikibarkan kepada keputusan diumumkan.

