Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Saya tak gadai kesucian Islam, walau baik dengan Trump'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak akan menggadai prinsip dan kesucian Islam walaupun mempunyai hubungan baik dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

“Ya, saya disambut baik di Rumah Putih. Ya, Trump kenalan baik saya tapi dari segi prinsip saya tak akan gadaikan kesucian Islam walau dalam apa jua keadaan wajib bagi kita (mempertahankannya).

“Jangan lupa prinsip pertama maqasid syariah itu apa dia? Prinsip pertama maqasid syariah memelihara agama, nombor dua baru nyawa, harta...

“Kalaulah Baitulmuqaddis itu dengan Masjid Al Aqsa kota suci umat Islam yang ketiga, maka wajiblah kita memperjuangkan Al-Aqsa, Baitulmuqaddis dan Al-Quds Al Syarif bebas dari cengkaman Zionis,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang turut berhimpun dalam Himpunan Solidariti Baitulmaqdis di Masjid Putra, Putrajaya hari ini.

Ia bagi menunjukkan solidariti kepada Palestin ekoran tindakan Washington mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Mengulas lanjut, Najib berkata mempertahan Baitulmuqaddis adalah wajib.

“Ini bukan pilihan, ini bukan pilihan, yang lain ada pilihan, yang lain ada pilihan. Ini tak ada pilihan, ini wajib kita tentang mereka (Amerika dan Israel). Wajib kita bersatu.

“1.6 bilion umat Islam. Yahudi berapa? 13 juta. 1.6 bilion boleh kalah pada 13 juta? tak masuk akal. Hukum akal tak mungkin.

“Tapi kalau kita tak bersatu kalau kita lemah, kalau kita bercakaran, Allah kata kita akan jadi lemah. Itu Allah kata,” katanya.

 
Lihat Komen
ADS