Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAHB mohon maaf kerana ucapan 'Mary Christmas'
Diterbitkan:  Dec 24, 2017 3:03 PM
Dikemaskini: 7:07 AM

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memohon maaf bagi kesilapan ejaan pada gegantung bersempena sambutan Hari Krismas iaitu "Mary Christmas and Happy New Years" di lapangan terbang Kota Bharu yang tular di media sosial.

MAHB dalam kenyataan di laman Facebook hari ini, berkata gegantung berwarna merah yang memaparkan logo operator lapangan terbang itu telah diturunkan sebaik sahaja kesilapan itu disedari malam tadi.

"Kami ingin memberi jaminan kepada anda bahawa ini tidak melibatkan mana-mana lapangan terbang yang lain,” katanya.

Foto gegantung itu yang tular di media sosial telah mendapat kritikan daripada netizen yang kesal dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa itu.

MAHB turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang awam yang mengetengahkan isu itu kepada pihaknya.

“Kami memohon maaf dan mengucapkan Merry Christmas and Happy New Year," kata MAHB. -Bernama

Lihat Komen
ADS