Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengesahkan kedua-dua tren bagi perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL kembali beroperasi seperti biasa bermula 3.48 petang tadi.

“Kami berterima kasih kepada pasukan kejuruteraan kami yang bekerja tanpa henti selama 24 jam untuk menjalankan penyenggaraan segera terhadap tren terbabit. Kami juga menghargai kesabaran anda (penumpang),” kata MAHB menerusi laman sosial Facebook rasminya.

MAHB juga memberi jaminan pasukan petugasnya di lapangan terbang lain di negara ini sedang bekerja keras bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang pada musim cuti puncak ini.

Terdahulu, MAHB melaporkan perkhidmatan aerotrainnya tergendala hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan luar jadual susulan pengendalian penumpang dalam kapasiti tinggi dengan anggaran lebih 90,000 orang sehari.

Perkhidmatan aerotrain itu kembali beroperasi pada 11.22 pagi tadi menggunakan satu daripada tren tersebut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS