Anwar tuntut RM100 juta, dan pemohonan maaf dari Dr M
Terjemahan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan membawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah berhubung kenyataannya bahawa beliau (Anwar) seorang 'peliwat', jika beliau tidak memohon maaf dan membayar gantirugi RM100 juta.
Terjemahan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan membawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah berhubung kenyataannya bahawa beliau (Anwar) seorang 'peliwat', jika beliau tidak memohon maaf dan membayar gantirugi RM100 juta.
Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan melalui peguamnya Sankara Nair (kiri), Anwar berkata beliau telah mengarahkan peguamnya memulakan tindakan undang-undang kerana tidak mahu "perbuatan menghina dan pembohongan" terhadapnya berterusan.
"Walaupun mahkamah telah memutuskan bahawa tuduhan salahlaku seks dalam buku 50 Dalil adalah rekaan semata-mata, tetapi Mahathir masih mengulanginya dan terus menerus memalukan saya," katanya dalam kenyataan tersebut.
"Saya tidak akan membiarkan pembohongan dan penghinaan ini berterusan. Oleh itu, saya telah mengarahkan peguam supaya memulakan tindakan undang-undang terhadap Mahathir," katanya.
Dalam satu sidang akhbar baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, beliau telah memecat Anwar pada tahun 1998 kerana 'tidak mahu seorang peliwat' dalam kabinetnya.
"Bayangkan seorang PM yang homoseks...tiada ada siapa yang selamat!" katanya selepas berucap di persidangan Suhakam di Kuala Lumpur.
Tempoh 14 hari
Ketika dihubungi, Sankara berkata, beliau menjangka menghantar surat tuntutan itu kepada Dr Mahathir Jumaat ini.
"Kita akan menuntut beliau menarik balik kenyataannya itu, memohon maaf dan membayar RM100 juta kerana kita berpendapat kenyataannya itu serius dan merosakkan," katanya.
Menurutnya, Dr Mahathir mempunyai masa 14 hari untuk menjawabnya, dan jika beliau gagal berbuat demikian, saman malu akan dikemukakan terhadapnya.
Anwar pada mulanya didapati bersalah bagi kesalahan meliwat, tetapi sabitan dan hukuman itu dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan tahun lalu selepas beliau membuat rayuan.
Anwar telah menjalani hukuman penjara bagi kesalahan salahguna kuasa. Beliau mendakwa menjadi mangsa konspirasi politik dan juga mendakwa tuduhan terhadapnya telah diada-adakan.
Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan penulis Datuk Khalid Jafri supaya membayar RM4.5 juta kepada Anwar kerana membuat tuduhan, termasuk tuduhan liwat terhadapnya dalam buku tulisannya "50 Dalil mengapa Anwar tak boleh jadi PM".
Buku tersebut, yang diterbitkan pada awal tahun 1998, telah mengakibatkan kejatuhan Anwar.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.