Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa kerajaan mahu menjadikan dirinya sebagai orang yang tidak diingini dan melabelkan ideanya sebagai "berbahaya" berikutan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap bukunya "Assalamualaikum: Observations on the Islamisation of Malaysia".

"Ini mengarut. Islamisasi bukanlah mengenai Islam, ia adalah dasar awam dan sesiapa saja boleh bercakap dan menyatakan pandangan mereka dengan bebas.

"Kerajaan ini juga tidak mahu umat Islam mempunyai minda sendiri, mereka lebih suka jika umat Islam hanya mematuhinya dengan buta," kata Zaid kepada Malaysiakini.

Sebuah gazet kerajaan persekutuan yang diterbitkan pada 19 Disember lalu menyatakan bahawa buku itu - diterbitkan pada tahun 2015 - adalah dilarang.

Akhbar The Star melaporkan menteri dalam negeri telah menandatangani perintah larangan itu selaras dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pada 4 Disember lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS