Sebanyak 14 buah pondok di Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir di Kota Bharu musnah dalam kebakaran malam ini, namun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Nazili Mahmood berkata ketika kejadian pukul 7.50 malam itu, kesemua pondok yang diperbuat daripada kayu itu tiada penghuni.

"Mereka (penghuni) ketika kejadian berada di surau madrasah berkenaan untuk aktiviti keagamaan," katanya ketika dihubungi malam tadi

Nazili berkata tiga buah jentera bersama-sama 21 anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran berkenan pada kira-kira jam 9 malam.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan.

- Bernama