Demo 31 Dis: Jangan tangkap awal, kata penganjur
Penganjur himpunan bagi menuntut penurunan harga minyak dan menolak kepimpinan perdana menteri atau “Turun-turun” pada 31 Disember ini berharap polis tidak membuat tangkapan awal.
“...saya ingin menasihati pihak polis agar mengelakkan sebarang tangkapan awal menjelang perhimpunan aman tersebut dan juga provokasi semasa perhimpunan.
“Telah terbukti penganjuran perhimpunan aman tersebut adalah memenuhi keperluan perlembagaan dan undang-undang,” kata penasihat undang-undang Turun-turun Wan Anwar Wan Ibrahim.
Pada 26 Disember lalu, anggota sekretariat himpunan itu Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata polis menetapkan beberapa syarat terhadap himpunan itu.
Penganjur antaranya diminta tidak menjadikan himpunan bantahan itu menjadi demonstrasi jalanan.

