Cuaca buruk di Pahang, Johor hingga esok
Diterbitkan: Jan 2, 2018 5:36 PM | Dikemas kini: Jan 2, 2018 5:39 PM
Hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga esok.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata amaran tersebut melibatkan daerah Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor.
Keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Kemaman, Terengganu; Kuantan, Pahang; serta Segamat, Kluang dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok.
Amaran yang sama turut melibatkan Sabah di bahagian Kudat, Sandakan (daerah Beluran) dan Pantai Barat (daerah Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Ranau).
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.