story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Saman berlian merah jambu: Sri Ram mahu soal Jho Low

Saman untuk memaksa isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - memulangkan set barangan kemas, termasuk kalung berlian merah jambu 22 karat yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB berterusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dengan tumpuan terhadap ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram yang kini peguam kanan dan mewakili Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memberitahu mahkamah bahawa beliau ingin menyoal Low sama ada dirinya benar-benar melantik Francis Ng Aik Guan sebagai peguamnya.

Ini susulan soalan yang timbul dari afidavit yang dibuat oleh tokoh yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu di Hong Kong bahawa dirinya telah melantik Ng.

Walau bagaimanapun, seperti yang dibangkitkan oleh Sri Ram, afidavit dan juga notis penampilan itu tidak mempunyai nombor kad pengenalan Jho Low atau alamatnya di Hong Kong.

"Seseorang yang membuat sesuatu afidavit mesti bersedia untuk diperiksa balas di mahkamah. Plaintif berhak untuk menyoalnya di mahkamah seperti dalam afidavit yang diikrarkannya itu, dia memberi alamat di Pulau Pinang tetapi afidavit itu dibuat di Hong Kong.

"Kami ingin tahu sama ada dia (Jho Low) yang melantik Ng atau kami tidak tahu sama ada terdapat orang lain di belakang pelantikan itu," katanya,

Sri Ram juga merujuk Hansard Parlimen Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapannya kepada Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa polis telah meminta bantuan Interpol untuk mengesan Jho Low.

Terdahulu, adalah dilaporkan bahawa Khairuddin sedang mencabar pelantikan Ng sebagai peguam Jho Low selepas pihaknya gagal menyerahkan salinan dokumen saman itu di kediamannya selama empat kali pada hari Sabtu dan Ahad.

Rosmah dan 1MDB telah memohon untuk membatalkan saman itu.

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini