Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Harapan (HARAPAN) akan umum calom perdana menteri selepas konvensyen nasional pada 7 Januari akan datang, kata pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.

Hal ini di tengah-tengah spekulasi ketua umum PKR yang dipenjara Datuk Seri ANwar Ibrahim tidak akan menyokong bekas saingannya Dr Mahathir sebagai calon PM.

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat tiga jam majlis presiden HARAPAN, Mahathir berkata gabungan itu akan umumkan calon-calonnya selepas konvensyen itu dan sebelum PRU-14 akan datang.

"Kami tidak boleh umumkan selepas PRU-14, pada ketika itu sudah terlambat, mestilah sebelum pilihan raya.

"(Ia akan diumumkan) selepas konvensyen itu," kata Pengerusi HARAPAN itu.

Hari ini akhbar Straits Times Singapura melaporkan PKR memutuskan untuk mengikut keputusan Anwar Ibrahim dalam soal calon PM.

Namun, Mahathir menolak dakwaan tersebut sebagai hanya spekulasi.

"Kamu boleh katakan ia hanya khabar angin, tetapi kebenaran akan diketahui selepas konvensyen itu," kata beliau.

Beliau berkata isu-isu lain akan diumumkan pada konvensyen itu, termasuklah keputusan peruntukan kerusi pilihan raya.

Menurut Mahathir gabungan itu akab bernincang peruntukan kerusi dan calon-calonnya berdasarkan sempadan pilihanraya sekarang dan yang baru.

Dijangkakan seramai 1,200 perwakilan parti akan hadir konvensyen di IDCC, Shah Alam itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS