Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM: K'jaan hormat keputusan mahkamah bebas Anwar lebih awal
Diterbitkan:  Jan 7, 2018 12:48 PM
Dikemaskini: 4:54 AM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan menghormati keputusan mahkamah untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih awal.

"Kerajaan menghormati hukuman yang ditetapkan mahkamah. Tempoh hukuman penjara perlu dihormati semua pihak," katanya seperti dipetik The Star Online.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ketua umum PKR itu akan dibebaskan pada 11 Jun 2018, iaitu lima bulan lagi.

"Insya-Allah - kalau diizinkan Tuhan - mengikut lunas undang-undang, pada 11 Jun ini beliau (Anwar) akan dibebaskan," katanya.

Anwar mula menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015, tetapi dijangka dibebaskan lebih awal atas dasar berkelakuan baik.

Bekas timbalan perdana menteri itu dijatuhkan hukuman itu atas sabitan meliwat kedua yang dikenakan terhadapnya. Beliau konsisten menafikan perkara itu dan mendakwa ia bermotif politik.

Menurut laporan itu lagi, Zahid berkata jika "hari besar" berlangsung lebih awal, Anwar perlu menunggu satu tempoh sebelum dapat memegang sebarang jawatan penting dalam negara.

Walaupun tidak menyebut secara khusus, Zahid dipercayai merujuk kepada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata laporan itu lagi.

Lihat Komen
ADS