Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Skandal tanah Felda: Audit dijangka selesai lebih awal
Diterbitkan:  Jan 9, 2018 10:42 AM
Dikemaskini: 2:47 AM

Audit forensik terhadap projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang dibangunkan di atas tanah Felda yang dipindah milik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, dijangka selesai lebih awal daripada tempoh jangkaan 30 hari, kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad.

Menurut Bernama, beliau berkata ini kerana semua dokumen berkaitan telah pun diserahkan kepada firma audit luar yang dilantik Jabatan Perdana Menteri.

"Pada hari pertama, mereka (firma audit) akan meneliti dokumen yang diserahkan kepada mereka dan, jika perlu, mereka akan datang (ke ibu pejabat Felda) untuk mendapatkan dokumen lain," katanya seperti dipetik.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada mulanya memberikan tempoh 30 hari kepada firma tersebut.

Shahrir diminta mengulas perkembangan hari pertama audit tersebut yang bermula semalam.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan firma audit luar yang menurutnya akan menjalankan audit terhadap semua aktiviti, keputusan dan tindakan berkaitan projek KLVC.

Najib dilaporkan berkata, ia akan menilai semula proses pengawalan, termasuk kelemahan dalam pentadbiran Felda, serta turut membabitkan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Laporan penuh audit forensik itu akan dibentangkan kepada Jabatan Perdana Menteri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS