Anak perempuan mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo percaya, sekiranya bapanya masih hidup, beliau pasti tidak bersetuju Pakatan Harapan (HARAPAN) menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

"Berdasarkan kenyataannya dulu, saya rasa dia (Karpal) tidak akan setuju (Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri)," katanya kepada Malaysiakini.

Karpal yang pernah menjadi pengerusi kebangsaan DAP merupakan salah seorang individu yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebagai seorang ahli politik yang terkenal dengan ketegasan dan kata-kata yang lantang, Karpal yang turut digelar 'Harimau Jelutong' kekal menjadi pengkritik Mahathir hingga ke akhir hayatnya.

[Baca berita asal]