Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM serbu syarikat berkait projek terowong dasar laut P Pinang

Sumber SPRM mengatakan serbuan itu bermula 9 pagi, dengan sasaran termasuk beberapa syarikat yang terlibat dengan projek yang bertujuan menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam.

Difahamkan pejabat kerajaan yang dikunjungi SPRM ialah pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di Komtar.

Selain itu, Syarikat Ewein-Zenith, 555 Capital Diamond Valley Industrial Park dan Konsortium Zenith turut diserbu dalam serbuan pada pukul 10 pagi itu.

Sementara Exco Pulau Pinang Chow Kon Yew berkata beliau tidak tahu berkenaan serbuan SPRM itu, setiausaha negeri Farizan Darus mengesahkan kunjungan pegawai SPRM di pejabat pembangunan ekonomi negeri di tingkat 25 Komtar.

“Mereka melawat dan mengumpul dokumen berkaitan projek itu. Tak ada tangkapan dibuat,” katanya kepada Malaysiakini.

Seorang lagi exco negeri yang enggan dinamakan berkata: “Saya berada di pejabat setiausaha negeri dan tidak dengar apa-apa tentang serbuan SPRM.”

Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium Zenith CEO Zarul Ahmad tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan.

Menurut Berita Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata serbuan itu bagi membantu siasatan berhubung projek mega berkenaan.

“Serbuan itu dilakukan berdasarkan bukti baru berkaitan pembinaan terowong dasar laut yang diserahkan kepada SPRM,” katanya dipetik sebagai berkata.

Terowong dasar laut itu dianggarkan memakan kos RM6.3 bilion, sering disasarkan dan dipertikaikan oleh ahli politik BN yang mendakwa terjadi rasuah dalam projek itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS