Polis serbu kilang bayi
Terjemahan Polis Malaysia telah menyelamatkan lapan wanita Indonesia yang mendakwa dipaksa melakukan pelacuran oleh satu sindiket yang sengaja tidak memberi mereka alat pencegahan penghamilan kerana mahu menjual anak yang mereka lahirkan, demikian menurut satu laporan hari ini.
Terjemahan Polis Malaysia telah menyelamatkan lapan wanita Indonesia yang mendakwa dipaksa melakukan pelacuran oleh satu sindiket yang sengaja tidak memberi mereka alat pencegahan penghamilan kerana mahu menjual anak yang mereka lahirkan, demikian menurut satu laporan hari ini.
Wanita tersebut dua daripadanya sedang sarat mengandung diselamatkan oleh polis yang menyerbu sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur awal pagi semalam selepas menerima maklumat.
Akhbar Malay Mail melaporkan, polis menahan seorang suspek berusia 30 tahun dalam serbuan tersebut.
Laporan itu menyebut, wanita terbabit yang berusia di antara 20 dan 30 tahun, memberitahu polis, mereka dipaksa melayan para pelanggan dengan bayaran RM70 hingga RM120 tanpa diberi alat pencegah penghamilan, kerana sindiket tersebut mahu mereka mengandung.
Menurut laporan itu lagi, mereka mendakwa dipaksa melacur walaupun telah lebih empat bulan mengandung.
Pembantu rumah
Bayi-bayi yang mereka lahirkan itu, kata laporan itu, dijual dengan harga RM20,000 hingga RM30,000 seorang kepada kumpulan yang lain, dipercayai untuk dijual kepada rakyat Malaysia.
"Pada masa ini, kami beluam tahu berapa ramai wanita terbabit yang bayi mereka telah dijual," kata seorang pegawai polis kepada Malay Mail.
Wanita Indonesia itu dipercayai ditawarkan bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Tetapi apabila tiba di sini, mereka mendakwa telah dikurung dalam pangsapuri itu dan tidak boleh dapat melarikan diri kerana dikawal rapi.
Menurut laporan itu lagi, indiket tersebut dipercayai telah beroperasi sejak 10 bulan lalu.
Januari lalu, polis Malaysia berkata mereka telah menahan sembilan orang yang terbabit dalam sindiket menjual 27 bayi dari Indonesia./ Berita asal
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.