Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mukhriz tak tolak jadi PM, tapi bukan dengan berkomplot

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menolak untuk menjadi perdana menteri suatu hari nanti, kerana baginya semua ahli politik bercita-cita untuk naik ke tahap itu.

Namun, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, ia perlulah dicapai melalui cara yang betul.

Beliau berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi kenyataan bertulis saksi dalam kes samannya terhadap bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Pada 2016, Tunku Abdul Aziz mendakwa wujudnya komplot untuk menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sebagai timbalannya.

Tunku Abdul Aziz berkata perjanjian rahsia itu dicapai oleh Mahathir dan Lim pada 3 Disember 2016.

"Setiap orang yang berada dalam arena politik pasti menyimpan niat untuk menjadi pemimpin, termasuklah perdana menteri.

"Namun, niat tersebut hendaklah lahir dengan hati yang suci dan murni, kerana tanggungjawab yang akan dipikul adalah amanah besar.

"Saya juga menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pemimpin. Tetapi ia perlu melalui jalan yang benar dan telus, bukan dengan penipuan atau komplot...seperti yang didakwa defendan (Tunku Abdul Aziz)," katanya dalam kenyataan bertulis saksi.

Justeru, Mukhriz berkata Tunku Abdul Aziz tiada hak untuk menyerang kredibilitinya dalam soal itu.

Kes ditangguhkan ke 18 Januari.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS