Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AMANAH mahu bangkit soal p'raya mengejut di mesyuarat HARAPAN S'gor

Persoalan sama ada mahu mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor akan dibangkitkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan negeri itu yang akan datang.

Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim berkata terdapat beberapa merit mengenai idea itu, kerana ia boleh mengelakkan proses persempadanan semula oleh SPR sekarang.

Katanya, beliau akan membangkitkan perkara itu untuk pertimbangan.

"... Kita perlu membincangkan implikasi dan mendapatkan pandangan dari kepimpinan nasional," kata Izham kepada Malaysiakini.

HARAPAN mendakwa persempadanan semula kawasan pilihan raya akan menguntungkan BN.

Selangor, yang membantah persempadanan semula itu, amat terjejas.

Manakala pilihan raya mengejut akan memberi kelebihan kepada HARAPAN, Izham turut mengingatkan mengenai kesan sebaliknya.

"Apabila anda adakan pilihan raya negeri yang berasingan, BN akan mengerahkan seluruh jenteranya (jentera pilihan raya, ke Selangor)," katanya.

Timbalan pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin turut menyuarakan kebimbangan yang sama.

Katanya, terrdapat perbincangan tidak rasmi mengenai pilihan raya mengejut pada masa lalu, tetapi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.

Beliau berkata HARAPAN yakin mereka dapat mengekalkan Selangor walaupun dengan adanya persempadanan semula itu.

Ini bukan kali pertama soal pilihan raya mengejutkan diperkatakan di Selangor.

Sebelum ini, langkah sedemikian telah dicetuskan selepas PAS memutuskan hubungan dengan PKR pada April lalu.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menolaknya dengan berkata PAS masih kekal dalam kerajaan negeri untuk meneruskan mandat yang mereka terima pada tahun 2013.

Selangor adalah salah satu daripada tiga negeri yang tidak di bawah pentadbiaran BN, yang mahu dirampas oleh gabungan tersebut.

Pakatan pembangkang Pakatan Rakyat memenangi Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

Selain BN, PAS juga mahu merampas negeri itu daripada bekas sekutu pakatannya.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS