Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif hari ini menjelaskan bahawa beliau memutuskan untuk menyampaikan ucapan tunggal pada majlis Pembukaan Tahun Perundangan pada tahun ini.

Menurutnya ini kerana Badan Peguam Malaysia membangkitkan isu lanjutan tempoh pelantikan melibatkan beliau dan presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Bercakap kepada sidang akhbar, Raus berkata beliau telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Badan Peguam Malaysia sebelum majlis hari ini dan beliau telah memberitahu mereka supaya tidak menimbulkan masalah dalam ucapan mereka kerana badan itu telah pun membuat permohonan (cabaran pelantikan) di mahkamah.

"Jadi tidak sesuai untuk mereka membangkitkannya di sini. Sekiranya anda bercakap tentang isu itu, peguam negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) mungkin mahu menjawabnya dalam ucapannya.

"Saya juga melihat dua halaman salinan ucapan Presiden Badan Malaysia (George Varughese) dan dia mahu membangkitkan isu itu.

"Mereka (Badan Peguam) menegaskan untuk membangkitkan isu itu, yang telah berada di mahkamah. Bantahan tidak boleh dibangkitkan dalam forum umum seperti ini. Lihat, acara ini dianjurkan oleh badan kehakiman. Katakanlah terdapat jemputan orang ke rumahnya, tetapi anda mengkritik tuan rumah - ia akan menjadi tidak adil, betul?

"Oleh itu, kami memutuskan untuk menukar format tahun ini, kerana desakan mereka (Badan Peguam)," kata Raus.

Di majlis makan malam Majlis Peguam malam tadi, Varughese berkata  perubahan format itu membingungkan Badan Peguam Malaysia.

"Perubahan format ini - dari tiga ucapan kepada satu ucapan mengurangkan penglibatan dan peranan Badan Peguam dalam Tahun Perundangan. Sekiranya kami mengambil bahagian, kami akan menjadi lebih kecil daripada tetamu yang dijemput," katanya.

Lihat Komen
ADS