Paling Popular
Terkini

Kerajaan Kedah menyokong sekiranya Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) Memali ditubuhkan bagi menyiasat peristiwa berdarah yang mengakibatkan 18 terbunuh, termasuk empat anggota polis, 33 tahun lalu di Kampung Memali, Baling.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, malah kerajaan negeri sudah pasti akan sama-sama membantu dalam penyiasatan itu kerana tragedi berdarah itu berlaku di negeri ini sendiri.

Beliau pada Majlis Pecah Tanah Lot 1105 dan 1106 bagi projek perumahan milik Syarikat SK Grand Development di Mukim Langgar di Alor Setar, hari ini.

Sebelum ini, terdapat gesaan dari keluarga mangsa tragedi itu yang tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan dan mahukan RCI Memali ditubuhkan.

Dalam pada itu, kerajaan negeri katanya menyasarkan untuk menyediakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di semua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya berjaya meneruskan tampuk pemerintahan.

Setakat ini tujuh kawasan DUN sudah pun mempunyai projek PPR iaitu Kota Setar, Kuala Nerang, Ayer Hitam, Kepala Batas, Bakar Bata, Kuah dan Ayer Hangat di Langkawi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS