Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azmin sedia beri laluan kepada Dr M di Gombak
Diterbitkan:  Jan 13, 2018 11:21 PM
Dikemaskini: 3:36 PM

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menawarkan calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kawasan parlimennya di Gombak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Saya bersedia memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir di parlimen Gombak sekiranya dipersetujui oleh PKR. Mari membingkai muafakat demi rakyat,” kata Azmin di akaun Twitter hari ini.

Gombak merupakan kerusi marginal yang dimenangi Azmin pada PRU 2013 dengan majoriti 4,734 atau 51.4 peratus undi.

 

 

Tawaran itu dibuat selepas Dr Mahathir berkata Azmin berkebolehan menjadi perdana menteri namun tidak terpilih.

Pakatan pembangkang pada Ahad lalu mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya HARAPAN menang PRU ke-14.

Pengumuman itu menyebabkan beberapa pihak dalam pakatan itu tidak bersetuju, terutama dari kalangan PKR Selangor yang mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju.

Azmin bagaimanapun semalam menegaskan bahawa Dr Mahathir merupakan pilihan terbaik HARAPAN.

Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau mempertimbangkan tiga kerusi termasuk bekas parlimennya di Kubang Pasu, selain Langkawi dan Putrajaya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS