Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Gerakan yakin parti itu akan memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong berkata pengundi di Pulau Pinang akan memenangkan beberapa calon Gerakan bagi memastikan wujud amalan semak dan imbang dalam kerajaan negeri.

"Sudah tentu kita tahu kerajaan negeri pimpinan DAP (akan mentadbir lagi) sebab dulu mereka bertanding 19 kerusi di Pulau Pinang dan mereka menang 100 peratus.

"Mereka juga tak pernah kalah sebelum ini, jadi saya fikir mereka semakin angkuh," katanya kepada media di Ibu Pejabat Gerakan di Cheras hari ini.

Sebelum itu Mah serta pimpinan Gerakan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di situ.

Gerakan sebelum ini mentadbir Pulau Pinang sebagai salah sebuah parti komponen BN. Selain parti itu kerajaan negeri dibentuk melalui penguasaan kerusi dewan undangan negeri diwakili Umno, MIC dan MCA.

Pelbagai bangsa, muka baru

Bagaimanapun mereka disingkirkan pada 2008 dan pada PRU lalu (2013) hanya wakil Umno terselamat daripada disingkirkan pengundi Pulau Pinang.

Kata Mah dengan peningkatan keangkuhan DAP itu Gerakan yakin mampu melakukan sesuatu pada PRU ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya Ogos ini.

Menurut anggota parlimen Teluk Intan itu "terlalu banyak" yang berlaku di Pulau Pinang akhir-akhir inni seperti dakwan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengenai pembabitan syarikat pereka fesyen dalam projek pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.

Semalam Wee empersoalkan alasan pembabitkan syarikat fesyen tempatan sebagai pemegang saham syarikat tujuan khas (SPV) yang digunakan dalam projek terbabit.

Dipertik The Star Wee berkata kerajaan Pulau Pinang pada 2013 menyatakan dua syarikat pembinaan China akan menjadi pemegang saham dalam SPV.

Namun katanya pemeriksaan menunjukkan dua syarikat pembinaan China tidak ada disenaraikan sebagai pemegang saham SPV.

Sebaliknya, kata Wee sebuah syarikat fesyen dijadikan pemegang saham SPV dengan 39 peratus saham selebihnya dipegang beberapa penama.

Kata Mah Gerakan bercadang meletakkan calon di 45 kerusi DUN dan parlimen. Senarai calon terbabit katanya sudah diserahkan kepada Najib hari ini.

Katanya calon yang dipilih Gerakan terdiri daripada pelbagai bangsa dan lebih 60 peratus adalah muka baru.

Walaupun perdana menteri belum memberikan keputusan akhir mengenai senarai itu Mah yakin kebanyakan mereka akan diterima kerana sudah menunjukkan kesungguhan bekerja di kawasan masing-masing sejak beberapa tahun lalu.

Mah juga menjelaskan calon untuk empat atau lima kerusi masih dibincangkan dengan parti dalam BN dan ia tertakluk kepada perubahan.

"Dulu kami dapat 45 kerusi. Saya yakin Gerakan akan dapat jumlah yang sama.

"Mungkin satu atau dua kerusi akan bertukar. Sekarang ada empat hingga lima kerusi sedang dibincangkan," katanya.

Di Dewan Rakyat Gerakan mempunyai dua kerusi iaitu Teluk Intan dan Simpang Renggam, selain tiga kerusi DUN masing-masing satu di Johhor dan dua di Sabah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS