Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sekolah di Ayer Hitam jadi isu DAP, MCA
Diterbitkan:  Jan 14, 2018 6:24 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Kurang seminggu selepas DAP mendapat restu Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk bertanding di Ayer Hitam, kawasan parlimen itu sekali lagi menjadi tumpuan apabila setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng melancarkan serangan pertama.

Walaupun secara tradisinya ditandingi PAS, kerusi Parlimen itu penting bagi DAP, kerana penyandangnya adalah timbalan presiden MCA dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ketika bercakap kepada wartawan di Georgetown semalam, Lim mendedahkan beliau telah melawat Sekolah Tinggi Persendirian Cina Yong Peng di Johor dan terkejut apabila pentadbiran sekolah itu meminta sumbangan beliau dan bukannya daripada Wee.

"Beliau (Wee) adalah Ahli Parlimen dan juga seorang menteri dan timbalan presiden MCA. Peruntukannya sebagai MP sahaja ialah RM500,000.

"Saya tidak tahu berapa banyak peruntukan yang diperolehnya sebagai menteri, tetapi saya percaya ia adalah berpuluh-puluh juta."

"Pemberian RM1 juta kepada sekolah persendirian bukanlah terlalu banyak,"katanya dipetik sebagai berkata.

Komen itu juga diterbitkan di laman Facebooknya.

Sekolah Tinggi Persendirian Yong Peng terletak di kawasan Parlimen Ayer Hitam.

Tindakan Lim yang menyasarkan Wee segera mendorong reaksi daripada MCA, yang kini melabelkan ketua menteri Pulau Pinang itu sebagai "tidak bertanggungjawab."

"Tahun lepas sahaja, Wee telah memperuntukkan RM75,000 untuk Sekolah Tinggi Yong Peng. Ini tidak termasuk banyak subsidi yang diberikan oleh Wee untuk pelbagai aktiviti sekolah.

"Di samping itu, Wee juga merupakan penyumbang tetap kepada Persatuan Alumni Sekolah Tinggi Yong Peng dan Persatuan Pelajar Taiwan Yong Peng supaya kedua-dua persatuan ini boleh menganjurkan dan mempromosikan pelbagai program untuk menambah kewangannya," kata Setiausaha Penganjur MCA Johor, Ling Tian tidak lama kemudian.

Ling berkata walaupun Lim tidak sedar apa yang berlaku di kawasan Parlimen itu, para pengundi menyedari banyak usaha telah dilakukan dan mendapat sokongan Wee.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS