Kjaan beri pinjaman RM200 juta untuk projek Bakun
Terjemahan Tempoh siapa pembinaan Ampangan Bakun mungkin lewat selama 18 bulan lagi dan kerajaan telah memberi pinjaman RM200 juta kepada kontraktor utamanya untuk mengatasi masalah aliran tunai.
Terjemahan Tempoh siapa pembinaan Ampangan Bakun mungkin lewat selama 18 bulan lagi dan kerajaan telah memberi pinjaman RM200 juta kepada kontraktor utamanya untuk mengatasi masalah aliran tunai.
Kerajaan meluluskan pinjaman itu bagi "mengatasi keadaan aliran tunai" kontraktor terbabit yang merupakan konsortium tujuh buah syarikat, kata akhbar ekonomi mingguan
The Edge,
yang memetik sumber-sumber.
"RM200 juta itu adalah pinjaman daripada kerajaan yang dikenakan bayaran faedah," kata satu sumber.
Projek usahasama Malaysia-Cina itu membabitkan enam syarikat Malaysia dengan 70 peratus pegangan dalam konsortium tersebut, manakala 30 peratus lagi dipegang oleh syarikat Sino Hydro dari Cina.
Pembinaan ampangan itu dijadual disiapkan pada bulan Ogos 2007, tetapi sumber-sumber memberitahu akhbar tersebut, yang kontraktornya telah meminta tempoh itu dilanjutkan 15 hingga 18 bulan lagi.
"Kerajaan sedang menimbang untuk memberi lanjutan selama 10 bulan hingga setahun," kata satu sumber.
Kelewatan
Projek di Sarawak itu, yang operasinya dikendalikan oleh Sarawak Hidro, berdepan dengan masalah kelewatan dan masalah lain sejak pembinaannya diluluskan pada tahun 1993.
Mengikut perancangan awalnya, projek janakuasa terbesar di Malaysia itu, mampu menghasilkan 2,400 megawatt yang akan turut disalurkan ke Semenanjung Malaysia.
Bagaimanapun, pada tahun 2001, kapasiti projek tersebut telah dikecilkan atau distruktur semula.
Edge berkata, kuasa yang dihasilkan oleh Ampangan Bakun itu akan hanya dibekalkan di Sarawak, dan mugkin ke Brunei, yang bersempadan dengannya.
Menurut akhbar itu lagi, Sarawak Hidro telah memutuskan untuk "menangguhkan" empat daripada lapan turbinnya bagi mengurangkan kapasitinya.
Ampangan tersebut, yang dilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diambilalih oleh kerajaan dan pembinaannya disambung semula pada 2001 selepas tertangguh pada 1997-1998, ketika Asia dilanda krisis kewangan, yang turut menjejaskan operator utamanya.
Menurut akhbar itu lagi, pembinaan Ampangan Bakun itu kini mencapai ketinggian 80 hingga 100 meter kira-kira separuh daripada ketinggian keseluruhannya, 205 meter./ Berita asal.
- AFP

