Kjaan tidak cadang perkenal undang-undang kebebasan maklumat
Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan undang-undang Kebebasan Maklumat yang membolehkan orang awam mengakses maklumat kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan undang-undang Kebebasan Maklumat yang membolehkan orang awam mengakses maklumat kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, akta dan peraturan sedia ada sudah memadai dan membolehkan orang awam mengakses maklumat kerajaan secara berpatutan.
"Justeru, keperluan untuk kerajaan memperkenalkan undang-undang Kebebasan Maklumat adalah tidak berbangkit," katanya ketika menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) dalam sesi-soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Lim meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang memperkenalkan undang-undang itu bagi membolehkan orang ramai mengakses maklumat kerajaan, kecuali dalam kes khas seperti keselamatan negara atau kerahsiaan peribadi dan bukannya pendedahan berasingan seperti senarai Permit Import (AP) atau Indeks Pencemaran Udara (IPU).
Nazri berkata, penyebaran maklumat kerajaan kepada orang awam tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA) 1972.
Makluat terperingkat
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, mengikut akta itu kawalan keselamatan perkhidmatan maklumat untuk semua agensi kerajaan, dikawalselia oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
Tambahnya, ketua-ketua jabatan di bawah peraturan sedia ada,
bertanggungjawab menguruskan penggredan dokumen kerajaan yang terbahagi kepada dua kategori maklumat terperingkat (meliputi rahsia besar, rahsia sulit dan terhad) dan maklumat terbuka (semua maklumat terbuka
kepada orang awam).
"Semua ketua agensi dan jabatan berkaitan di bawah kuasa yang diwakilkan oleh jemaah menteri, boleh menggred semula, sama ada perlu dinaiktaraf, diturun taraf atau dikeluarkan (dokumen-dokumen itu) daripada senarai maklumat terperingkat," katanya.
Nazri berkata, jemaah menteri juga boleh mengarahkan penggredan semula dokumen kerajaan yang dibuat berdasarkan kepada situasi semasa dan keperluan memenuhi prinsip ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat.
"Penetapan yang dicapai bergantung kepada tahap keselamatan sama ada boleh menimbulkan keadaan di mana berkemungkinan menjejaskan keselamatan negara atau menimbulkan kekacauan di kalangan orang awam atau boleh menjejaskan imej kerajaan," katanya


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.