Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Proton tawar diskaun untuk ahli kesatuan Hokkien
Diterbitkan:  Jan 18, 2018 1:06 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia kini layak mendapat diskaun atau potongan harga istimewa sehingga setinggi 10 peratus bagi membeli semua kereta Proton.

Menurut akbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau, potongan harga itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), Li Chunrong semasa sebuah majlis makan malam dengan pengusaha Hokkien tempatan Jumaat lalu.

"Mana-mana rakyat Malaysia berketurunan dari Fujian yang membeli kereta Proton akan menikmati harga paling istimewa," kata Li.

"Semua warga Malaysia yang berasal dari Fujian yang membeli kereta Proton akan mendapat harga diskaun terpilih kami," katanya dipetik berkata demikian.

Surat-menyurat Naib Presiden (Jualan dan Pemasaran) PONSB, Abdul Rashid Musa dengan persatuan itu menunjukkan urus niaga tersebut bersifat 'kerjasama dua pihak'.

Berdasarkan surat-menyurat yang dilihat Malaysiakini, tawaran itu sah dari 12 Januari ke 31 Mac tahun ini.

"Kami berharap bahawa ini akan menjadi titik permulaan yang baik untuk lebih banyak kerjasama akan datang," kata Abdul Rashid.

Mengikut senarai harga yang dilampirkan itu, diskaun antara 5 hingga 10 peratus ditawarkan. Sebagai contoh, mereka yang membeli kereta Proton Perdana 2.4 akan mendapat potongan sebanyak RM12,911.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS