Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'100K pengundi akan bantah persempadanan semula Selangor'
Diterbitkan:  Jan 18, 2018 3:04 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Gabungan pendesak reformasi sistem pilihan raya BERSIH mahu merekrut 100,000 pengundi di Selangor untuk mendaftar bantahan mereka terhadap proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang sedang mempamerkan cadangan persempadanan semula untuk kali kedua.

Tempoh pameran dan bantahan akan berakhir pada 14 Februari depan.

BERSIH berhujah walaupun cadangan yang dikemaskini tidak lagi mempunyai pertikaian seperti sebelum ini, namun masih terdapat bukti ketidakseimbangan dan amalan gerimander yang perlu ditangani.

Gabungan itu mewujudkan 12 pusat kutipan bantahan di seluruh negeri.

“Sudah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap pengundi untuk memastikan kekuatan undi masing-masing diwakili secara rata di seluruh Malaysia.

“BERSIH akan membantu penyelarasan dan mobilisasi pihak-pihak yang mengambil berat dalam bantahan terhadap sempadan pilihan raya yang tidak adil,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS