Paling Popular
Terkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini merampas telefon bimbit Ahli Parlimem Taiping Nga Kor Ming dan menyerbu rumahnya di Ipoh, kediaman ibu bapanya di Ayer Tawar, dan pusat khidmatnya di Taiping.

Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham berkata serbuan SKMM itu berkaitan hantaran beliau di media sosial yang antaranya didakwa memperlekehkan kerajaan BN.

"SKMM tidak menyisat sama ada hantaran itu ini benar-benar datang dari akaunnya. Terdapat banyak kejadian di mana orang menggunakan foto dan nama Nga membuat hantaran palsu," kata Ngeh kepada Malaysiakini.

Tidak jelas apa dakwaan memperlekehkan di media sosial itu.

Katanya, siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) Akta SKMM iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau menambah bahawa pengerusi DAP Perak itu akan memberikan kenyataannya kepada SKMM di balai polis Sungai Senam.

Ngeh berkata hantaran yang didakwa oleh Nga sepatutnya dilindungi melaui kebebasan bersuara, kerana adalah tugas ahli parlimen pembangkang untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.

"Ia hanya pendapat... jika ada unsur memfitnah maka kamu boleh memfailkan tuntutan di mahkamah," katanya.

Beliau juga mendakwa serbuan itu adalah permulaan tindakan ke atas kebebasan berpolitik menjelang pilihan raya umum akan datang.

"SKMM akan menyebu lebih banyak rumahuntuk menakut-nakutkan orang ramai," katanya.

Ini bukan kali pertama Nga berdepan masalah berhubung hantarannya di media sosial.

Beliau sebelum ini juga mengundang masalah berhubung hantarannya yang didakwa meremehkan duit raya Aidilfitri sebagai rasuah.

Nga menafikan membuat hantaran itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS