Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahmad Bashah: Menjelang PRU, Umno Kedah perlu lebih agresif

Jentera UMNO Kedah digesa supaya lebih agresif mendekati pengundi sebagai usaha memantapkan lagi parti itu bagi berdepan pihak lawan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, sekali gus terus menerajui pentadbiran negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, jentera parti tidak boleh leka dengan keadaan sedia ada, sebaliknya perlu bekerja kuat menawan hati rakyat.

“Kita kena ingat walaupun parti kita matang dan mempunyai pengalaman, namun setiap kali pilihan raya mesti ada perbezaan gerak kerja dan situasi.

“Sebab itu kita perlu jentera yang mantap dan saya yakin apa yang kita sedang dan akan lakukan ini akan dinilai oleh rakyat dan seterusnya berharap rakyat akan terus menyokong kita,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan basikal kepada 500 pelajar terpilih dari lapan sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata dan DUN Kota Darulaman di Alor Setar, hari ini.

Menteri Besar Kedah itu turut meminta anggota UMNO di semua peringkat segera menyelesaikan masalah dalaman, sekiranya ada, dengan baik agar tidak menjejaskan perpaduan dalam kalangan anggota kerana bersatu hati merupakan pra syarat kejayaan parti.

-Bernama

Lihat Komen
ADS