Dua lelaki tampil membuat laporan polis ekoran dituduh menyamar sebagai anggota polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Terengganu yang kini tular menerusi aplikasiWhatsapp.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata kedua-dua lelaki yang berumur 36 dan 31 tahun itu hadir di balai polis pada 12.30 tengah malam tadi apabila menyedari gambar mereka tular dalam media sosial.

"Siasatan telah dijalankan ke atas mereka dan tiada sebarang keterangan penglibatan mereka seperti yang ditular iaitu menjalankan kegiatan peras ugut sekitar kawasan sempadan Marang, Setiu, Dungun dan HuluTerengganu.

"Pihak polis memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidakdiketahui kesahihannya. Siasatan dibuat untuk mengesan mereka yang menular berita palsu dan tindakanpendakwaan boleh diambil," katanya dalam kenyataan di Kuala Berang, hari ini.

Beliau berkata perbuatan menyebarkan maklumat atau berita yang tidak sahih atau rekaan yang bolehmenimbulkan ketakutan masyarakat adalah kesalahan yang boleh ditangkap dan dihukum penjara.

Dalam perkembangan lain, Adli menyeru orang ramai supaya menggunakan saluran rasmi baharu PolisDiraja Malaysia (PDRM), iaitu aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun secara percumadalam laman web PDRM, Google Play dan App Store jika berlakunya sebarang masalah di kawasan mereka.

Katanya orang ramai perlu mendaftar sebagai anggota VSP terlebih dahulu sebelum berkongsi maklumatdan identiti mereka tidak akan diketahui jika mereka melaporkan sesuatu kes kerana dibenarkan menggunakan nama samaran.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, hingga November tahun lalu Terengganu mencatatkan seramai41,020 anggota berdaftar VSP.

-Bernama