Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS Kelantan setakat ini belum mempunyai senarai calon yang dimuktamadkan, kata Setiusahanya Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Menurut Che Abdullah, penyenaraian calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu boleh dibuat bila-bila masa sahaja apabila tiba waktu yang sesuai.

"Apa yang kita serahkan kepada PAS pusat hanya senarai panjang berdasarkan kajian awal yang dibuat.

"Senarai panjang ini berdasarkan suara ahli akar umbi yang diteliti melalui cawangan dan kawasan.

"Tetapi kita tidak buat lagi senarai calon satu DUN untuk seorang calon. Itu belum ada," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu Che Abdullah (gambar, atas) turut menafikan dakwaan senarai calon PAS Kelantan bocor seperti mana didedahkan oleh pemerhati politik tempatan Mohd Sayuti Omar baru-baru ini.

Wartawan veteran dan pengamat politik PAS, Mohd Sayuti Omar melalui tulisan di blognya mendakwa seramai 11 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan bakal digugurkan pada PRU14.

"Senarai calon PAS yang bolos, mencatatkan sekurang-kurangnya 11 orang wakil rakyat tidak terdapat dalam senarai awal, ini membayangkan mereka akan digugurkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang.

"Daripada jumlah itu tiga wakil rakyat wanita termasuk seorang exco, manakala selebihnya lelaki," kata Sayuti.

Sementara itu Che Abdullah yang juga ADUN Wakaf Bharu berkata, dakwaan itu hanya berlandaskan andaian semata-mata.

"Kita belum buat keputusan muktamad mengenai calon pun, sebab itu saya kata dakwaan itu hanya andaian," tegasnya.


 

Lihat Komen
ADS