Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Dengan pengakuan Najib, Parlimen perlu henti sekat bahas 1MDB'
Diterbitkan:  Jan 23, 2018 11:32 PM
Dikemaskini: 3:38 PM

Anggota parlimen Sepang Hanipa Maidin menggesa Dewan Rakyat berhenti menyekat debat berhubung 1MDB, selepas pengakuan Datuk Seri Najib Razak hari ini bahawa syarikat itu memang berhadapan "kegagalan" dan "masalah urus tadbir".

"Jika (perdana menteri) mengakui ia gagal, saya harap speaker tidak akan tolak lagi soalan tentang 1MDB, atau halang anggota parlimen daripada membahaskan isu itu dalam sidang Mac ini," katanya.

Pada sidang sebelum ini, Dewan Rakyat berulang kali menolak soalan berhubung perkara itu atas sebab sub judice.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkata sekurang-kurangnya US$4.5 bilion dicuri daripada 1MDB dan badan itu telah mengambil langkah menyita aset bernilai US$1.7 billion di sana yang didakwa diperolehi menggunakan wang itu.

Beberapa lagi pihak berkuasa luar negara turut memulakan siasatan berhubung 1MDB, termasuk Switzerland, Luxembourg, UAE, Singapore and Hong Kong, berikutan penglibatan institusi atau warga negara itu dalam skandal tersebut.

Hanipa berkata, pengesahan terhadap masalah 1MDB itu sepatutnya diiringi dengan pengakuan yang skandal itu perlu dibicarakan.

Setakat ini, belum ada apa-apa pendakwaan berhubung skandal itu di Malaysia.

Lihat Komen
ADS