Empat anggota tentera terbunuh apabila diserang hendap oleh puak militan ketika sedang meronda di wilayah selatan Thailand yang majoriti penduduknya beragama Islam.

"Anggota tentera itu sedang meronda dengan menunggang motosikal apabila anggota militan menyerang hendap dan merampas senjata mesingan mereka," kata Leftenan Mustorpha Mani ketika dihubungi AFP.

Mereka sedang meronda jalan berhampiran Kampung Chakwua di wilayah Yala bagi mengiringi sekumpulan guru, apabila mereka diserang kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Kaum guru dan sekolah yang dianggap puak militan sebagai simbol pengaruh Bangkok, sedang menjadi sasaran tembakan, letupan dan perbuatan membakar, Anggota polis dan tentera bersenjata mengiringi para guru pergi-balik ke kelas setiap hari.

Selepas melancarkan serang hendap tersebut, puak militan membakar tayar dan meletakkan balak di atas jalan bagi menghalang pihak tentera mengejar mereka, kata Left-Jen Jeneral Adul Seangsingkoae.

Adul berkata, beliau telah mengarhkan 500 anggota tentera dihantar ke kawasan tersebut.

Menuru polis, pada awal semalam, kata polis, seorang guru beragama Islam ditembak mati di wilayah Pattani.

Surasen Mama, 30, guru di sekolah Prasarnwittaya, terbunuh apabila anggota militan menembak bertubi-tubi ke arah keretanya ketika dia sedang memandu menuju ke tempat kerja .

Anggota tentera marin dibunuh

Pembunuhan mereka berlaku empat hari selepas dua anggota polis terbunuh dalam satu letupan ketika mereka sedang mengiring guru-guru ke sekolah di wilayah Narathiwat, dan seminggu selepas dua anggota marin tentera dibunuh dengan kejam.

Kejadian anggota tentera itu dijadi tebusan selama 18 jam minggu lalu dan kemudiannya dibunuh. Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra berikrar akan memburu mereka yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan tersebut.

Di tengah-tengah kejadian keganasan itu, Permaisuri Sirikit memulakan lawatannya ke wilayah selatan, dengan ditemani oleh dua anak perempuannya, Puteri Maha Chakri Sirindhorn dan Puteri Chulabhorn.

Permaisuri Sirikit yang tinggal di tempat peranginan Hua Hin, melawatkan wilayah selatan untuk melihatkan hasil kerjatangan dan projek pertanian tajaannya. Sejak keganasan tercetus, baginda juga melawat penduduk, polis dan tentera untuk menaikkan moral penduduk di wilayah tersebut.

Ketika kaganasan semakin meningkat, kabinet Thailand telah melulsukan satu bilion baht (AS25 juta) untuk membeli dua pesawat Jetstream untuk membawa anggota tentera yang cedera dari wilayah di sempadan Malaysia, kata seorang jurucakapnya.

"Dua pesawat tersebut akan digunakan dalam operasi di wilayah selatan untuk mengekalkan keamanan serta membawa anggota yang cedera untuk rawatan," kata Danuphorn Punakan, timbalan jurucakap kerajaan, kepada pemberita.

Menurutnya, kerajaan akan membenarkan pihak tentera membelanjakan 100 juta baht tetapi kabinet menggesa Kementarian Pertahanan berunding dengan Brazil untuk membayar bakinya dengan beras.

AFP