Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Terowong dasar laut: Datuk seri direman SPRM 5 hari
Diterbitkan:  Jan 25, 2018 12:26 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk menahan seorang lelaki bergelar datuk seri bagi membantu mereka menyiasat projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Lelaki itu juga disiasat berhubung tiga lebuh raya di negeri terbabit.

Laporan media menyatakan Majistret Fatina Amyra Abd Jalil membenarkan pengerusi syarikat perunding kejuruteraan itu ditahan mulai hari ini sehingga 29 Jan.

Suspek yang berusia 62 tahun itu, kata BH Online, disyaki menyediakan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan projek terbabit untuk dikemukakan kepada kerajaan Pulau Pinang.

Dia dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira jam 9.30 pagi tadi selepas ditahan apabila hadir di Ibu Pejabat SPRM petang semalam.

Penahanan itu menjadikan jumlah individu yang direman agensi antirasuah itu seramai empat orang.

Semalam seorang lagi perunding kejuruteraan sudah ditahan reman selama lima hari.

Isu terowong dasar laut disiasat selepas Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan, membuat aduan terhadap kemungkinan wujud unsur rasuah dalam projek berkenaan.

Lihat Komen
ADS