Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Surah ar-Rahman jadi mahar, pengantin baru menjadi balu tiba-tiba
Diterbitkan:  Jan 25, 2018 4:44 PM
Dikemaskini: 9:10 AM

GLOBAL | Belum pun masuk dua bulan melayari bahtera rumah tangga, setiap detik yang berlalu buat pasangan pengantin baru biasanya sentiasa manis serta indah.

Tambahan pula pengantin lelaki baru saja menyambut hari lahirnya. Antara hadiah paling bermakna tentulah ucapan kesyukuran daripada seorang isteri.

Namun pada subuh semalam, si isteri tiba-tiba menjadi balu. Suaminya yang juga seorang anggota polis meninggal dunia secara tiba-tiba.

Sebahagian media melaporkan kejadian itu berlaku ketika si suami, Furkan, bangun tidur untuk menunaikan sembahyang Subuh. Dia tiba-tiba kejang dan kemudian kaku.

Media lain pula melaporkan Furkan menghembuskan nafas terakhir selepas menunaikan sembahyang Subuh.

Kedua-dua mereka diijabkabulkan pada 3 Dis lalu. Mas kahwin yang menyatukan Furkan dan Desi juga sangat sederhana. Satu daripadanya ialah hafalan surah ar-Rahman.

Selain itu Furkan menyediakan satu set barangan kemas, sepersalinan telekung serta wang kira-kira RM98.

Difahamkan Desi ialah gadis dari Aceh yang bertemu dengan Furkan pada 17 Jun 2017. Tidak lama kemudian mereka memutuskan untuk bernikah.

Desi juga lepasan Universiti Islam Indonesia.

Memetik pengakuan Desi, media Indonesia melaporkan suaminya itu tidak mengalami sebarang penyakit atau menunjukkan sebarang tanda mengalami masalah kesihatan.

Lihat Komen
ADS