Ada yang kata parlimen tergantung lepas PRU, kata Ku Li
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beberapa rakannya yang melakukan "tinjauan sepintas lalu" mencadangkan kemungkinan parlimen akan tergantung pada pilihan raya umum akan datang.
"Dalam perbincangan dan bertukar pandangan dengan rakan-rakan dan kenalan, tidak sedikit menyatakan kemungkinan parlimen akan digantung.
"Ini bermakna baik sama ada pengundi mengembalikan kuasa kepada kerajaan hari ini atau memberi kuasa kepada gabungan yang menawarkan alternatif," katanya dalam ucaptama pada forum G25 bertajuk "Reforms for a Progressive Malaysia" di Shah Alam hari ini.
Katanya, ini bermakna pengundi mahu kerajaan yang tidak berpecah dan stabil dibentuk.
Tengku Razaleigh juga memberi amaran amalan "membeli" anggota parlimen untuk mendapatkan majoriti mudah kerana perbuatan tersebut menghina para pengundi.
"Jika mereka (pengundi) mahu parti tertentu membentuk kerajaan, mereka akan undi parti itu untuk mendapat sekurang-kurangnya majoriti mudah," katanya.
Beliau menjelaskan rakannya-rakannya percaya parti pemerintah berusaha keras dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Namun mereka juga percaya gerak kerja pembangkang tidak teratur dan seolah-olah tidak berminat untuk menang.
Oleh itu, katanya mereka mencadangkan kemungkinan parlimen tergantung selepas PRU.
Parlimen akan digantung apabila tiada parti politik atau gabungan mempunyai majoriti mutlak di parlimen.

